Kodeks Firenze

Historia jeneral de las cosas de Nueva España (asal dari Biblioteca Medicea Laurenziana ).

Historia general de las Cosas de Nueva España ("Sejarah Umum Benda-benda Sepanyol Baru") ialah suatu kitab etnografi besar abad ke-16 dikarang Bernardino de Sahagún, seorang rahib mazhab Fransiskus berdasarkan pemerhatian dan penyelidikannya terhadap masyarakat Mesoamerika dalam semasa mengikuti rombongan peneroka dan penakluk Sepanyol ke Dunia Baru. Ia ditulis secara dwibahasa dalam bahasa Nahuatl dan bahasa Sepanyol hasil pengumpulan dan kerjasama dilakukan anak-anak didiknya di Sekolah Gereja Santa Cruz de Tlatelolco.

Salinan paling terpelihara naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Laurentius di kota Firenze, negara Itali; kota ini juga memberi nama umum kepada manuskrip keseluruhannya iaitu Kodeks Firenze (Itali: Codice fiorentino, Sepanyol: Códice Florentino, bahasa Inggeris: Florentine Codex). Kitab ini dimasukkan sebagai suatu Warisan Ingatan Dunia UNESCO pada tahun 2015.[1]

Pada tahun 2012, imbasan resolusi tinggi semua jilid kodeks ini telah dimasukkan ke dalam Perpustakaan Digital Dunia.[2]

  1. ^ "The work of Fray Bernardino de Sahagún (1499-1590)". Memory of the World. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  2. ^ "News Release: World Digital Library Adds Florentine Codex". Library of Congress. 31 Oktober 2012. Dicapai pada 12 November 2012.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search